Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Marhaban Ya Ramadhan ! Gambar & Kata-Kata Penting

Menyambut Kata-Kata, Ramadhan Gambar, Ramadhan Wallpaper

Menyambut Bulan Ramadhan

Dr. Sherman Jackson: Inshaallah, saya berharap untuk dapat berkongsi dengan anda beberapa refleksi. Terhadap kepentingan, peranan serta nilai bulan Ramadan, sebagai satu bentuk.

Ibadah bagi umat Islam, yang merupakan bahagian asas di dalam pembangunan psikologi umat Islam serta tasawwur Islamnya, dan tanggungjawab seseorang terhadap penciptanya.

Marhaban Ya Ramadhan

Tanggungjawab seseorang perlu dipenuhi dalam kehidupan yang nayata, secara langsung dalam ruangan nyata, bukan untuk menarik diri dari kehidupan, tetapi melalui penglibatan langsung dan semulajadi terhadap kehidupan. Untuk terlibat dalam kehidupan, salah satu perkara yang perlu kita fahami dengan segera, adalah bahawa telah diakui dari awal kewujudan manusia lagi, bahawa ada dua bahaya besar bagi manusia, lebih dari unsur – unsur lain, pada diri orang lain, dtau pada binatang buas, iaitu pertama, nafsu manusia, dan yang kedua, egonya.

Di daiam bahasa arab, perkara ini umumnya diistilahkan sebagai “an-nafs”.

Nafsu, atau pusat keinginan, dan ego, telah diakui sebagai sesuatu yang perlu. Dikawal, yang perlu dikekalkan pada tempatnya jika tidak, nafsu yang dibiarkan dengan bebas, dan ego dibiarkan keluar dari kawalan, akan menyebabkan manusia mungkin menghancurkan dirinya sendiri, atau menghancurkan orang lain atau kedua – duanya sekali.

Dari awal sejarah manusia, telah diakui bahawa nafsu adalah satu punca masalah, dan terdapat pelbgai cara yang telah diperkenalkan untuk menangani nafsu.

Saya ingin membincangkan dua cara. Yang pertama adalah cara pengubahsuaian diri. Dengan pengubahsuaian diri, yang dimaksudkan adalah apa yang kita cuba lakukan adalah untuk mengatasi tuntutan nafsu dan ego.

Ini dengan cara menempatkan diri pada kedudukan lebih tinggi dari nafsu kita, maka kita dapat mengawainya. Kita berada lebih tinggi dari ego kita, dan kerana itu, ia tidak dapat mempengaruhi kita.

Atau kita boleh cuba menghancurkan atau memusnahkan nafsu dan melenyapkan ego kita.

Kita melihat pilihan atau pendekatan ini diambil oleh beberapa masyarakat beragama dahulu kala.

Kita dapati antara orang – orang Greek purba, dalam tradisi peribadatan mereka, mereka memandang bahawa pada dasarnya semua unsur material dalam kehidupan adalah jahat, dan merupakan ancaman yang paling merbahaya untuk manusia, kerana manusia diuji dengan segala unsur material.

Marhaban Ya Ramadhan, Ramadhan Gambar, Ramadhan Wallpaper

Marhaban Ya Ramadhan Gambar Wallpaper

Dan ini boleh menyebabkan mereka tenggelam di dalam nafsu dan ego. Kita juga dapati bahawa dalam sejarah awal kristian, sepertiljuga disebutkan di dalam Al-Quran, tentang sekumpulan orang kristian yang berusaha untuk sampai pada kemampuan menjalani kehidupan yang terbaik sepenuhnya, dengan cara menundukkan diri dan nafsu dengan serendah – rendahnya.

Al-Quran berbicara tentang komuniti khas kirstian ini, bahawa ia merupakan satu rekaan untuk mengubahsuai diri.

Jadi Al-Quran menyebutkan bahawa mereka telah menyusun bentuk pertapaan dalam usaha mengatasi diri, keghairahan, dan untuk menghancurkan ego.

Al-Quran mengatakan bahawa walaupun tuhan tidak memaksakan cara peribadatan ini ke atas mereka, mereka memilih jalan untuk diri mereka sendiri, tetapi Al-Quran menggambarkan bahawa ia bukan satu usaha untuk menentang jaian Allah. Itu hanyalah suatu usaha untuk mencari cara bagi mengendalikan nafsu dan mengawal ego mereka.

Masalahnya adalah ia tidak didasarkan pada wahyu iilahi, lantas tidak didasarkan pada ajaran yang datangnya dari Allah.

Semua usaha ini adalah untuk menundukkan diri manusia, mengatasi gairah dan ego, dan menempatkannya di suatu tempat yang terkawal, agar diri manusia dapat dibebaskan dari tuntutan nafsu dan ego tersebut.

Apabila seseorang bebas dari tuntutan itu, maka ia dapat hidup sepenuhnya sebagai insan yang baik lagi soleh. Lnilah maksud dan tujuan dari ajaran agama-agama lama ini, dalam mengatasi tuntutan nafsu dan ego.

Walaupun ia penting bagi kita sebagai umat Islam untuk menjalani kehidupan yang baik, pada masa yang sama, Islam sebagai agama, adalah agak unik, kerana ia menyeru kepada umat Islam untuk hidup juga dengan sepenuhnya.

Bulan Ramadhan, Indonesia, Ramadhan Gambar

Bulan Ramadhan Indonesia

Dan ini merupakan keseimbangan yang diajarkan Islam bagi umat manusia.

Dari perspektif Islam, tidak cukup bagi kita untuk hanya cuba menghancurkan nafsu dan mengatasi ego.

Tetapi, Islam juga bertujuan memperbaiki nafsu, memperbaiki ego, untuk memperrbaiki diri manusia.

Seperti yang saya katakana, ia bertujuan mengupayakan umat manusia dan membolehkannya untuk hidup dengan baik, dan dengan sepenuhnya.

Dan inilah sebabnya Nabi Muhammad s.a.w bahkan menasihatkan sahabat baginda agar mereka jangan berpuasa sepanjang masa, atau solat sepanjang malam dan tidak tidur, atau mengelakkan perkahwinan.

Baginda Babi s.a.w. sendiri mengaakan bahawa baginda berpuasa beberapa hari dan makan beberapa hari, menunaikan solat beberapa malam dan berehat beberapa malam, dan baginada berkahwin.

Dengan kata lain, Nabi s.a.w. memerintahkan kita supaya menjalani kehidupan dengan melibatkan diri dengan amalan – amalan yang dapat memperbaiki diri, memperbaiki keghairahan, dan memperbaiki ego, sehingga saya bukan seseorang yang tidak memiliki keghairahan hidup, yang tidak memiliki ego, tetapi saya dapat menjadi seorang yang mampu menempatkan keghairahan pada tempatnya, dan keghairhan ini pula diterjemahkan dengan cara-cara yang sihat dan menyeluruh, yang membolehkan saya untuk tetap focus pada dasar kehidupan saya, iaitu melahirkan kesyukuran kepada tuhan.

Membolehkan saya untuk tetap focus pada dasar kehidupan saya, iaitu melahirkan kesyukuran kepada Tuhan.

Kita akan dapati perkara ini dalam Al-Quran. Al-Quran sendiri mengajak umat Islam untuk keluar mencari limpah kurnia Allah s.w.t kepada kita sebagai manusia.

Bahkan, Al-Quran menyebutkan bagi mereka yang ingin menyangkal kita dari limpah kurnia yang Allah telah memberkati kita dengannya, dengan firman Allah s.w.t. “Siapakah yang melarang perhiasan perhiasan yang Allah s.w.t. telah berikan bagi hamba – hambaNya dan rezki yang baik – baik”.

Dengan kata lain, tidak sesuai bagi manusia untuk berpaling sepenuhnya dari semua kurnia yang Allah s.w.t telah kurniakan kepada kita.

Bahkan, dengan mendapatkan kurnia tuhan ini, kita dapat menghargai dengan penuh dan lengkap betapa pemurah, belas kasihan, betapa kuatnya, bijaknya dan pengasihnya Allah s.w.t. sebaliknya, jika kita menarik diri dari kelebihan ini, apa yang kita sebenarnya lakukan adalah melemahkan kemampuan kita untuk menjalin hubungan yang benar dengan tuhan, kerana kita tidak dapat menghargai sepenuhnya kewajipan bersyukur kepada – Nya. Maka, Islam adalah agama yang tidak mengajak kepada pemusnahan diri dan penundukan diri, tetapi sebaliknya, kepada pembaikan diri.

Ramadhan adalah institusi penyempurnaan diri. Kita tahu bahawa di bulan Ramadhan, kita menjauhkan diri dari makan dan minum, dan dari hubungan dengan pasangan kita, tetapi kita tidak menjauhkan diri dari makan sepanjang hari dan malam.

Kita tidak menjauhkan diri dari minum sepanjang hari dan malam, kita tidak menjauhkan diri dari hubungan bersama isteri sepanjang hari dan malam.

Kita meninggalkan semua urusan ini di siang hari, tetapi kita boleh melakukannya di malam hari.

Ini adalah cara yang membolehkan kita untuk memperbaiki diri, dan pentingbagi kita untuk memahami bahawa manusia memerlukan penyempurnan diri.

Saya rasa adalah satu kesalahan, terutama di zaman moden ini, untuk bertanggapan bahawa kita adalah ciptaan yang sangat hebat, tetapi kita tidak mengetahui bahawa kita hebat kerana kita adalah ciptaan Allah. Bahkan Allah mengkhabarkan di dalam Al-Quran bahawa “Kami telah menciptakan manusia dalam keadaan yang terbaik sekali”.

Pada dasarnya, kita sebagai manusia adalah salah satu ciptaan yang paling ajaib dari Allah, tetapi ia tidak bermakna bahawa kita tidak perlu memperbaiki diri, dalam usaha mencapai tahap kemanusiaan terbaik. Dalam erti kata lain, kita harus berfikir tentang diri kita sebagai berlian yang berada di rakit. Sebuah berlian di rakit masih tetap berlian.

La adalah permata yang sangat berharga, namun itu tidak akan dapat mencapai potensi penuhnya, dari segi nilai, kecuali jika ia menjalani proses penyempurnaan.

La tetap berlian yang tidak dimurnikan, tetapi ia akan menjadi permata yang lebih berharga apabila sudah disempurnakan. La sampai ke nilai dan potensi penuhnya sebagai sesuatu yang telah disempurnakan. Sama juga bagi kita, dalam melihat dan menilai diri kita sebagai manusia.

Ramadhan adalah satu cara yang membolehkan kita untuk memperbaiki diri.

Dalam memperbaiki diri dan memperbaiki nafsu serta memurnikan ego, kita dapat menterjemahkan dengan sebaiknya maksud kemanusiaan kita.

Izinkan saya bicara sedikit tentang maksud dan tujuan pemurnian dan peranan Ramadhan dalam perkara ini.

Dalam pengertian yang paling dasar, Ramadhan adalah tentang menjadi lapar.

Terdapat banyak gambaran berkaitan Ramadhan yang mengecilkan hakikat bahawa ketika umat Islam berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, mereka menjadi lapar.

Bahkan, saya ingat Ramadhan pertama saya sebagai seorang Muslim saya memeluk Islam sekitar 30 tahun yang lalu.

Saya berada di Amerika di Bandar Philadelphia pada bulan ogos, di siangnya begitu panjang sekali.

Waktu Fajar adalah sekitar 4.30 pagi dan Maghrib pula pada sekitar 9 malam.

Ini adalah Ramadhan pertama saya sebagai seorang Muslim.

Anda dapat bayangkan cabaran yang saya hadapi, dan pada waktu itu saya bekerja.

Saya bangun pagi dan makan sahur, kembali tidur dan bangun lagi untuk pergi kerja pada jam 6 pagi. Setelah bekerja sepanjang hari, saya puang pada jam 5.30 atau 6.30 pada malam hari, dan masih harus menunggu lagi 3 jam atau lebih sebelum saya boleh berbuka puasa.

Tetapi keadaan tersebut membolehkan saya untuk membiasakan diri agar meletakkan keghairahan, keinginan dan ego pada satu diet, sehingga mereka boleh tetap ramping dan langsing. Semuanya itu tidak akan hilang, saya tetap mempunyai keghairahan, kerana tanpanya, kehidupan manusia hilang nilai dan harganya, kerana keghairahan yang membuat kita ingin berjuang untuk sesuatu, dan tanpanya, kita tidak dapat mempertahankan prinsip – prinsip yang kita pegang dan sokong.

Kadang – kala, kita sanggup mengorbankan wang, masa, bahkan nyawa kita, kerana semangat dan keghairahan.

Tanpanya, kita tidak mampu berkorban, dalam rangka menganjurkan kewujudan yang bermaruah.

Semangat dan keghairahan kita tidak dipadam oleh puasa, tetapi diperhalusi melalui diet atau penjagaan terhadapnya.

Ini bermakna, saya mula membiasakan diri dengan hakikat bahawa walaupun saya mempunyai naluri dan keinginan semulajadi untuk makan, minum dan hubungan suami – isteri, yang merupakan naluri paling asas bagi manusia, saya tetap menempatkan naluri – naluri ini kepada proses pengurangan seperti diet. Perkara ini menyedarkan saya bahawa sebahagian daripada proses menghalusi diri adalah untuk memahami bahawa walaupun saya mungkin mempunyai kecenderungan semulajadi untuk melakukan sesuatu, saya tidak dapat melakukannya walapun saya hendak melakukannya.

Maksudnya, walaupun saya lapar dan ingin makan, da nada makanan di hadapan saya, saya perlu memberitahu diri saya bahawa saya boleh makan, tetapi bukan sekarang.

Saya harus mendisiplinkan diri. Saya perlu menunggu dan menundakan, dan setelah beberapa tempoh latihan sedemikian berlalu, saya akan berada pada satu kedudukan di mana bukan keghairahan dan ego yang berkuasa ke atas hidup saya, tetapi saya yang berkuasa ke atas mereka.

Saya yang mengawal pilihan dalam kehidupan.

Ini merupakan aspek yang sangat penting dari maksud menjadi seorang Muslim.

Ucapan, Selamat, Ramadhan Gambar

Kata Mutiara Ucapan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Ramadhan

Untuk menjadi seorang Muslim,kita perlu memahami bahawa kita tidak bolen mendapatkan semua yang kita inginkan ketika kita menginginkannya.

Bahkan jika saya mendapatkan apa yang saya inginkan sekalipun,bukan pada waktu yang kita inginkannya.

Bahkan ketika saya mendapatkan apa yang saya inginkan ketika saya menginginkannya,saya mungkin tidak mendapatnya sebagaimana saya menginginkannya.

Hal ini membolehkan saya berhadapan dengan kehidupan yang ditawarkan kepada saya.

Ini antara kepentingan bulan Ramadhan dan nilai pada Islam sebagai agama.

Sebagai manusia,kita dilahirkan di tempat,waktu,dan kepada orang tua dan keluarga,di luar pilihan dan keinginan kita.kita tidak tahu di mana kita akan dibesarkan,samada di Belanda atau Toronto.

Kita tidak tahu keadaan ekonomi kita.

Kita tidak tahu apakah orang tua kita bersifat pengasih atau sebaliknya.

Kita tidak tahu semua ini,namun kita dilahirkan dan perlu menghadapi semua perkara ini.

Dalam perjalanan kehidupan,kita akan berhadapan dengan pilihan.

Pilihan-pilihan tersebut akan dipengaruhi oleh ego dan keghairahan kita.

Jika nafsu dan ego kita belum diperhalusi,kita mungkin berakhir membuat pilihan yang tampaknya memuaskan nafsu atau ego kita dalam jangka pendek, tetapi akhirnya kita membuat pilihan yang tidak baik bagi kita. Bukan setakat itu, salah satu perkara yang menghilangkan kebahagiaan dan ketenangan hidup bagi ramai orang adalah mereka tidak mampu menundakan kepuasan.

Mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa tidak semua perkara boleh menjadi seperti yang mereka inginkan.

Contohnya, anak-anak anda tidak akan selalu menjadi baik dan sempurna, seperti yang anda inginkan.

Isteri anda tidak akan selalu menjadi kekasih anda yang sempurna seperti yang anda inginkan.

Begitu juga suami anda. Sekiranya keghairahan dan ego anda tidak diperhalusi, maka anda akan selalu bertindak lebih dari yang sepatutnya, apabila menghadapi kelemahan dan ketidakmampuan manusia, dalam usaha menjayakan sesuatu dalam kehidupan.

Kadang – kala, kerana kita begitu dengan idea-idea dan cara pemikiran yang bersifat sempurna, kita gagal untuk menghargai apa yang sebenarnya kita miliki.

Masalah dengan pemikiran demikian adalah bahawa yang ideal boleh meningkatkan kita ke tahap yang lebih tinggi, tetapi apabila kita telah sampai ke tahap tersebut, kita merasakan ia belum cukup baik, dan kita inginkan lebih dari itu, dan ketika kita tidak mendapatkannya, kita akan merasa tertekan.

Kita bersedih, dan kita tidak tahu bagaimana menyusun semula keseimbangan dalam kehidupan agar kita dapat menjadikan kehidupan ini lebih bermakna dan positif.

Itulah salah satu masalah yang timbul kerana diri belum diperhalusi. Seorang ulama Islam besar, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, mendefinisikan “ghadab”, bukan hanya dengan kemarahan. Perkataan “ghadab” bermaksud marah dalam bahasa arab, tetapi dalam contoh ini, Ibn Qayyim memberikan pengertian yang lebih mendalam.

Dia sebenarnya berbicara tentag apa yang kita kenali hari ini dengan “depression” atau kemurungan.

Banyak pakar psikologi mendefinisikan depression sebagai kemarahan terhadap diri sendiri.

Kemurungan merupakan satu bentuk kemarahan, tetapi merupakan kemarahan terhadap diri sendiri.

Seseorang menjadi begitu marah pada dirinya sendiri, sehingga menyebabkan dirinya hilang daya dan kuasa.

Ibn Qayyim berkata, bahawa sumber kemarahan tersebut adalah “suu-ul-iraadah”, menginginkan perkara yang salah. Apakah maksudnya? Contohnya, saya ingin makanan enak.

Saya mempunya selera orang Amerika dalam makanan.

Tetapi, bayangkan apa yang terjadi ketika saya mempunyai makanan yang saya suka, tiba – tiba dating orang yang sangat miskin lagi memerlukan.

Orang tersebut, saya fikirkan dalam situasi demikian, mungkin mempunyai keperluan yang lebih besar untuk makan dari saya.

Akhirnya, saya mungkin perlu berkongsi makanan, tetapi kerana diri saya masih belum diperhalusi dan diperbaiki, saya tidak mahu berkongsi dengannya.

Saya tidak membenarkan orang lain untuk berkongsi sama.

Kerana saya inginkan sesuatu yang salah, atau tidak menginginkan sesuatu yang benar, saya boleh mengalami kemurungan.

Sebahagian kita, kerana diri kita belum diperhalusi, kita marahkan Islam dan sebahagian pula – semoga Allah s.w.t. memelihara kita – marahkan Tuhan.

Tuhan, mengapa engkau perintahkan aku untuk melakukan perkara ini, atau melarang aku dari melakukan perkara itu? Sebab kita marah adalah kerana diri kita belum diperhalusi.

Ramadan adalah perantaraan untuk pemurnian diri.

Ramadhan membawa kita kembali kepada keseimbangan. Ramadhan meninggikan mutu berlian dari sebuah bahan mentah di rakit, menjadikan ia sesuatu yang ingin dimiliki oleh semua orang.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu memahami dan mempercayai sepenuhnya bahawa Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk melakukan sesuatu.

Dia alan memerintahnya sesuatu yang akhirnya akan menguntungkan kita, samada pada stiap perintahnya, atau secara menyeluruh.

Jika diri kita tidak diperhalusi, maka kita tidak dapat melampaui nafsu dan ego yang membolehkan kita memikirkan lebih dari kepentingan diri kita sendiri.

Apabila tuhan memerintahkan saya untuk melakukan sesuatu yang baik secara umum bagi semua orang, tetapi mungkin menjejas saya secara individu, saya tidak dapat membuat komitmen tersebut kerana saya masih hanya memikirkan kepentingan diri saya sendiri.

Saya ingin akhiri dengan mengingatkan semua, bahawa sebagai umat Islam, kita harus mengakui nilai Ramadhan. Kita tidak harus melihatnya sebagai hukuman Tuhan ke atas kita.

Ramadhan bukan satu hukuman. Ramadhan adalah benar – benar satu hadiah. Masalah terbesar untuk menjadi ramping dan langsing adalah disiplin.

Sukar untuk kita pergi ke gym setiap hari untuk melatih diri.

Salah satu sebab mengapa sebahagian besar dari kita akhirnya tidak bersenam adalah kerana kita tidak dipaksa untuk bersenam. Akhirnya berat badan kita bertambah, sedikit demi sedikit, sehingga kita menjadi gemuk.

Ramadhan pula, adalah limpah kurnia dari Allah s.w.t kerana Dia memaksa kita untuk meletakkan nafsu dan ego kita untuk menjalani pengurangan atau diet.

Allah s.w.t. memerintah kita supaya menjalani cara hidup ini selama hayat kita.

Setiap tahun, kita akan melawat sekolah ini, tempat latihan ini, institusi ini.

Diet yang diciptakan untuk menempatkan nafsu kita di tempat untuk diperhalusi, dan diperbaiki.

Walaupun di kalangan kita mungkin berpuasa sunnat sepanjang tahun, Islam memastikan bahawa setiap dari kita dapat berpuasa yang wajib setahum sekali selama sebulan, sepanjang kehidupan kita. Apa yang harus kita fahami adalah bahawa ini merupakan sesuatu yang setiap kita perlukan.

Ini adalah cara pensucian dan penyempurnaan diri, berasingan dan berbeza daripada menghapuskan diri dan memalukan diri. Saya ingin menamatkan dengan mengingatkan kita sebagai Muslim, bahawa kita melihat dengan sangat jelas dalam sunnah Nabi Muhammad s.a.w., dan juga dari generasi terbaik yang mengikuti baginda, bahawa Islam adalah agama yang mengajak manusia untuk hidup dengan betul, tetapijuga dengan sepenuhnya.

Agar kita dapat menggabungkan kebenaran dengan kehidupan yang sepenuhnya, kita harus mempunyai diri yang diperhalusi.

Ramadhan adalah salah satu cara di mana kita dapat memperbaiki diri kita sendiri, dan mudah – mudahan, kita dapat membina keseimbangan hidup, yang penuh dan yang baik.

Jika kita sebagai individu dapat menjalani hidup yang penuh dan baik, kita boleh membentuk masyarakat yang hidup dengan penuh dan baik. Ini akan menjadi salah satu hadiah yang paling berharga yang dapat diberikan oleh masyarakat Islam kepada dunia moden, kerana dunia moden dalam semua kemajuannya, dan dalam semua kemudahan materialnya di dunia ini, menjalani kehidupan yang tidak sembang.

Apa yang kita perlukan adalah untuk memulihkan keseimbangan untuk dunia, di mana manusia hidup dengan baik tetapi tidak hidup sepenuhnya, ataupun kita tidak hidup dengan baik tetapi sepenuhnya.

Ataupun kita tidak hidup dengan baik tetapi sepenuhanya.

Tetapi kita mengajar dunia bahawa ada cara hidup yang lebih baik, di mana kita dapat hidup dengan betul dan sepenuhnya.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *