Persiapan Menyambut Ramadhan (Bulan Mulia)

Free Wallpapers, Ramadan Mubarak, Desktop Wallpaper, Ramadhan

Free Ramadhan Mubarak Desktop Wallpaper

Renungkanlah kisah ini! berkata seorang suami kepada isterinya: “Izzinkan aku beribadah pada mala mini, wahai isteriku”.
Si isteri menjawab: “Aku sebenarnya merasa senang sekali berada dekat denganmu tetapi aku lebih senang melihatmu melakukan apa yang kamu senangi”.

Si suami lalu bangkit mengambil wuduk dan bersolat. Dia menangis sepanjang solatnya demikianlah keadaannya sepanjang malam hingga tiba waktu subuh.

Siapakah pasangan suami dan isteri ini?
Si suami ialah, Nabi Muhammad s.a.w.
Si isterinya pula ialah sayyidatina “Aishah r.a”.

Rasulullah juga pernah ditanya, mengapakah baginda masih bersusah payah beribadah, walaupun sudah dijamin pengampunan oleah Allah?
Hayatilah jawapan baginda s.a.w.: “Maka apakah tidak patut aku menjadi hamba yang bersyukur?”
Sebagai hamba yang penuh dengan noda dan dosa tidakkah kita merasa malu dengan akhlak baginda s.a.w.?
Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadhan yang bakal menjelang ini rebutlah rahmat dan kasih Allah kepada kita.
Pintalah pengampunan dari Allah.

Lakukanlah ibadah sebanyak mungkin yang termampu. Hayatilah firman Allah:
{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ }
“Wahai orang – orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa serti mana diwajibkan ke atas orang – orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa”. [Al-Baqarah: 183].

Pertingkatkanlah iman di dada kukuhkanlah keyakinan kita pada keagungan Allah.

Hapuskanlah segala sifat keji di dalam hati. Gantikanlah ia dengan keimanan yang tulus lagi suci.

Tingkatkanlah ketakwaan di dalam hati.

Perbaikilah segala kekurangan di dalam didi.

Ambillah contoh amalan dan hati budi Nabi yang tetap terus ingin beribadah dan bersyukur walau telah dijamin pengampunan Allah.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang paling bererti buat kita semua, rebut dan hargailah anugerah Allah ini usah dipersia – siakan peluang yang ada.

Kerana ia mungkin, Ramadhan yang terakhir kali abuat kita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *